POSITIF & RASA SYUKUR

Assalamualaikum. Salam 8 Syawal. Alhamdulillah, syukur kerana diberi kesempatan untuk masih bernafas sehingga saat ini. Mana nak mula, aku pun tak tau. Ada 1001 kisah yang ingin aku kongsikan untuk semua. Mungkin boleh menjadi panduan, mungkin boleh jadi pembakar semangat, atau mungkin juga boleh menjadi inspirasi pada sesiapa suatu hari nanti.

Ibarat diari perjalanan hidup, mungkin ada kisah suka ada duka. Lumrah kehidupan. Tak mesti happy je 24 jam, 365 hari kan? Kalau tak diduga, tak dilanda sedih, memang tak mencabar la hidup. Seronok apa, kalau hidup macam roller coaster. Kejap turun kejap naik. Hehe...

Pesan pertama saya, hiduplah dengan tenang tanpa memikirkan hal-hal yang kurang penting. Hal-hal yang menyesakkan otak untuk bekerja lebih kuat. Berusahalah menjadi insan positif. InshaAllah, hidup akan lebih tenang. Dan yang paling penting, bangunlah setiap pagi dengan penuh rasa syukur. Bersyukurlah setiap saat, walaupun dengan hal yang kecil.



Sampai di sini sahaja cerita kali ini. Andai masih ada peluang untuk bernafas, InshaAllah kita akan berjumpa lagi di entry yang akan datang. Assalamualaikum 😊

Comments